I made this widget at MyFlashFetish.com.

">
">
');document.write('')}
">
');document.write('')}
">

my beutiful flower..:)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

">

kisah yang korang bace kat bawah ni khas untuk aku ..if korang pon nak share kisah aku untuk diri korang..alhamdulilah...berubah manjadi matang x salah kan..peringatan untuk diri ku...amin.,.doakan yeahhh

 

assalammualaikom dear blogs wanieqbal muahhh...27/3/2012 ( selase )
rindu nye nak berstory mory kat blogs kesayangan aku ni...habuk dh blogs aku ni ..;)
meh nak lap ...hah bersih pon blogs aku ni...heheehe 

aku nak cerita tentang cinta lah..

Jika dibandingkan umur aku mesti ramai akan beranggapan yang aku belum tahu menilai apa itu erti cinta yang sebenar secara matang . Namun , pengalaman yang selama ini telah terukir dalam diri membuatkan aku tahu menilai sebuah cinta itu dengan sewajarnya . Cinta memang indah jika kita laluinya dengan masa-masa yang indah tapi akan berubah . Untuk mengekalkan masa yang indah bersama , tak kira lelaki mahupun perempuan harus punya rasa tanggungjawab , setia , jujur dan saling mempercayai . Aku bukannya pakar dalam cinta tapi untuk berkongsi pengalaman itu sangat mudah pada diri aku supaya sebuah cinta yang dijalin semakin mekar seperti pokok yang dijaga dan dibaja dengan baik . Dan hasilnya kita dapat bunga yang indah dan cantik . Begitu juga yang kita inginkan dalam sebuah cinta .  


Jarak bukan pengukur untuk sebuah cinta itu dijalinkan . Benarlah seperti yang diperkatakan setengah orang . Cinta jarak jauh kekadang menyeksakan dimana pabila kita perlukan si dia tatkala kita susah dia tiada di sisi . Namun , itu bukan satu penghalang pada masa kini . Mungkin ada juga di antara kita yang beranggapan mungkin sukar untuk mempercayai cinta jarak jauh . Apabila curiga dan sangsi menguasai diri tak mustahil apabila pasangan tidak berlaku jujur . Pada dasarnya , kepercayaan dan kejujuran amat penting dalam sebuah perhubungan tak kira seberapa jauh pun jarak sebuah hubungan itu . Dulu aku juga punya rasa yang sama . Tidak percaya dengan perhubungan jarak jauh dan akhirnya aku sendiri yang menimbulkan masalah . Tapi , setelah semakin meningkat dewasa aku semakin sedar bahawa tiada batas dalam percintaan malah perhubungan jarak jauh itu lebih indah dari yang berhubungan secara dekat . Masing-masing menyimpan maksud dan tafsiran sendiri tentang cinta jarak jauh begitu juga dengan aku . Kebahagiaan sebuah perhubungan bukan terletak pada jarak tapi terletak pada kejujuran dan kepercayaan 

 

Kenapa masa yang lalu harus diingatkan andai perkara itu menyakitkan hati kita . Kenapa perlu diungkit sebuah kisah yang telah pun kita kunci rapat dalam kotak hati kita setelah kunci itu kita campak jauh ke dasar laut . Walaupun kita tahu itu menyeksakan hati kita . Tapi tetap saja perkara itu akan datang tanpa kita sedari . Sejauh mana pun kita cuba lari tapi tak akan juga kita mampu lenyapkan terus dari membelenggu ingatan kita . Aku faham kenapa kekadang ada kisah yang terungkit semula . Kita cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan . Disebabkan hati kita yang lemah dan mudah dihasut tak mustahil sekiranya kita akan terkenangkan peristiwa lalu . Like I said before , PAST IS PAST ! Seandainya aku terkenang sekali pun aku akan cuba untuk tidak melayannya . Makin dilayan makin kita sakit so let it go . Bukannya aku nak cakap yang aku bijak tangani masalah . Kekadang aku pun tewas juga tapi sekurangnya cuba jangan dilayan  bila perasaan itu datang . Hati yang lemah akan jadi kuat bila kita ingat ALLAH . InsyaAllah ...

 masalah itu tidak akan pernah berakhir 


Adakah benar masalah itu tidak akan pernah berakhir . Pada aku setiap masalah yang datang pasti ada konklusinya . Segalanya terletak pada pangkal hati kita sama ada kita berani untuk berdepan dengan masalah itu atau tidak . Sebagai umat Islam juga aku yakin dan percaya bahawa tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan . Sekiranya kita ada masalah dengan manusia dengan manusia juga la kita cuba untuk selesaikannya . Berhadapan dengan masalah akan membuatkan diri kita lebih matang dalam meniti hari yang penuh corak ini . Apa guna hidup seandainya tiada masalah yang dihadapi . Ia seolah tiada corak yang mewarnai sebuah kehidupan . Selain itu , kita juga tak akan belajar sesuatu yang berguna dari masalah yang dihadapi . Jangan sesekali kita berfikiran masalah tak akan pernah berakhir . Seolah-olah kita tak yakin bahawa Allah mampu menyelesaikan masalah kita bila kita bermohon petunjuk dan jalan dariNya .  


 mendiamkadiri dari menceritakan segala masalah kita pada semua orang
 


Ada baiknya juga sekiranya kita mendiamkan diri dari menceritakan segala masalah kita pada semua orang . Aku seorang active blogger and sometimes memang aku ada luahkan apa saja yang aku rasakan di sini . Begitu juga blogger lain . Sebenarnya perkara itu tidak baik dan akan mendatangkan keburukkan pada diri sendiri . Pada mulanya memang niat untuk luahkan isi hati yang terpendam tapi sekiranya post yang kita buat tu seolah-olah menghina , mengherdik atau pun memburukkan orang lain tak ke semua akan rasa menyampah . Its annoying ! Lagi buruknya perangai bila kita menjadikan blog ini sebagai medium untuk berbahas . Aku pun ada juga la buat macam tu tapi semua tahu kan cara aku . If orang tak mulakan aku pun tak akan mulakan . Fikirkan sendiri jela . Memang la blog ini kita punya sendiri dan suka hati kita jela apa pun nak buat tapi kena ingat blog ini public , tak kira datang dari pelusuk mana sekali pun boleh baca dan follow . Kalau dah kata certain issue yang agak-agak boleh  menyakitkan hati blogger lain better dont post it here . Tulis kat atas kertas dan campak dalam laut

berubah dan cuba menjadi matang
 


Untuk berubah serta merta memang suatu perkara yang kadangkala menyukarkan kita . Bagaimana sekali pun kita harus memilih jalan yang mana harus kita pilih . Jangan terus berada di takuk lama . Berusahalah untuk berubah . Jika sebelum ini , kita sering berpewatakan seakan anak kecil berubah lah menjadi seorang yang lebih dewasa dalam menentukan pilihan hidup sendiri tanpa mengabaikan nasihat Ibu Bapa dan seruan Allah . Paling penting sekiranya sesuatu terjadi jangan pernah untuk salahkan orang lain . Berfikirlah dengan waras sebelum kita menuding jari menyalah orang lain . Seterusnya , jangan menilai individu itu dari luarannya saja sebelum kita kenal hati budinya . Tak semestinya dia berpewatakan kasar hatinya pun keras dan begitu juga sekiranya seorang itu berpewatakan ayu hatinya selembut tuannya . Kenal dulu sebelum menilai  


p/s  >>>> peringatan untuk diri ku..nor syazwani ismail..thanks bace kisah blogs wani...if korang ade blogs n suka kan kisah di blogs wani...folow lah wani ok....if nak folow wanie lah ok...assalammualaikom semua..sayang korang...
wani create blogs ni pon...bukan nak menunjuk or nak buruk kan spe2 or nak cerita kan kisah2 wanieqbal..tapi juz nak berkongsi..kalau korang x suke ..abaikan je ok...bye..;)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

">